Jakarta: Dua penduduk Sumatera Utara berdepan dengan hukuman mati selepas polis menemui ladang ganja seluas lima hektar yang diusahakan mereka.
Suspek yang dikenali sebagai L, 45, dan H, 35, ditangkap kelmarin selepas penemuan ladang itu di Kampung Raorao di daerah Mandailing Natal.
“Mereka kini ditahan untuk disoal siasat,” kata ketua antinarkotik Pilis Sumatera Utara Reinhard Silitonga.
Kedua-dua lelaki itu berdepan tuduhan menghasilkan barangan terlarang secara besar-besaran, kesalahan yang membawa hukuman mati.
Pihak berkuasa Indonesia di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo (Jokowi), melaksanakan hukuman mati terhadap 14 pesalah dadah sejak awal tahun ini selepas menarik balik penggantungan hukuman itu oleh kerajaan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Dua belas daripada mereka yang menjalani hukuman itu warga asing. - Agensi
Sumber harian metro

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.