Powered by Blogger.

Monday, October 19, 2015

3 pelajar antara ditahan operasi dadah

Suka.info     7:01:00 AM     0


KUBANG PASU 18 Okt. – Sebanyak 27 lelaki ditahan dalam satu operasi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekitar kawasan Felda Bukit Tangga di sini semalam.
Dalam operasi bermula pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam itu, 15 daripada mereka itu didapati positif dadah.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kota Setar/Padang Terap, Suria Azlina Shaarin berkata, turut ditahan dalam operasi tersebut ialah tiga pelajar sebuah sekolah menengah yang didapati positif dadah dipercayai jenis syabu.

“Dua orang yang ditahan merupakan pelajar tingkatan tiga manakala seorang lagi pelajar tingkatan lima. Mereka ditahan dalam sebuah rumah di tanah rancangan berkenaan.
“Kesemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 70 tahun,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

“Kesemua 15 yang didapati positif dadah akan dihantar ke Pusat Khidmat Pulih dan Prihatin untuk menjalani rawatan pemulihan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kawasan Felda tersebut sering diserbu pihak berkuasa untuk membanteras gejala penagihan dadah namun kegiatan itu masih berterusan.
“Apabila ada serbuan, hilang sekejap penagih tetapi mereka akan muncul semula nanti.Kami berharap agar pihak berkuasa terus menjalankan serbuan agar kawasan ini bersih daripada sarang penagih,” katanya.



Sumber : utusan.com.my


Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.