KUALA LUMPUR: 1Malaysia
Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan isu
aliran tunainya jika pelan rasionalisasi yang sedang dijalankan berjaya
dilaksanakan tanpa halangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, syarikat pembangunan
strategik milik penuh kerajaan itu menempuh tempoh yang sangat mencabar
termasuk pelbagai siasatan.
"Langkah konkrit sedang dilaksanakan bagi menangani isu-isu ini,
termasuk pelan rasionalisasi yang akan menurunkan paras hutangnya.
"Jika (pelan rasionalisasi) dibenarkan berjalan tanpa halangan, ia akan
membolehkan syarikat membayar hutang dan menyelesaikan isu aliran
tunai," katanya pada Forum Transformasi Global, di sini hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata: "Kita perlu menunggu hasil
siasatan, dan jika ada bukti salah laku, saya akan memastikan bahawa
tindakan paling tegas akan diambil ke atas mereka yang
bertanggungjawab."
Dari segi dakwaan salah laku, Najib berkata ada banyak siasatan
dilakukan, termasuk di Malaysia, 'yang saya sendiri arahkan."
Dalam kenyataan baru-baru ini, 1MDB berkata pelan rasionalisasi sedang
dilaksanakan, seperti dirancang.
Asas pelan itu antara lain, termasuk 'hutang untuk tukaran aset' dengan
International Petroleum Investment Company (IPIC), jualan ekuiti dalam
Edra Energy, jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, jualan tanah di TRX
dan pelupusan aset bukan teras.
Keuntungan daripada pelan rasionalisasi ini akhirnya akan mengurangkan
hutang 1MDB, ke tahap mampan dan boleh diurus menjelang suku keempat
2015.
Antara lain, 1MDB berjaya menjual lebih RM1 bilion nilai tanah di Tun
Razak Exchange tahun ini.
Akhirnya, bidaan terikat akan diterima daripada pembida domestik dan
antarabangsa yang disenarai pendek bagi kedua-dua Edra Energy dan Bandar
Malaysia antara pertengahan dan akhir Oktober 2015, dengan Perjanjian
Jual Beli untuk kedua-dua aset dilaksanakan pada Disember 2015.
Menurut 1MDB, ia berjaya memenuhi, tanpa ingkar, obligasi perkhidmatan
dan pembayaran faedah dan prinsipal, kepada peminjam domestik dan asing.
Kerajaan memberi jaminan ke atas RM5.8 bilion hutang 1MDB, dengan RM5
bilion matang pada 2039, dan menyediakan Surat Sokongan ke atas US$3
bilion terbitan bon oleh 1MDB, yang matang pada 2023.
Pada kadar tukaran semasa, jumlah prinsipal hutang jangka panjang ini
bernilai kira-kira RM18.7 bilion, katanya. - BERNAMA
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90542
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/90542
Gambar Hiasan |
Hakim Syarie, Imamudin Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Afshan Amrab, 24, Ace Mohamad Suriansah, 23, dan dua warga Indonesia iaitu Bahtiar, 29, serta Riko Adrian, 35, selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.
Imamudin turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama enam bulan dengan mengikuti sesi kaunseling dan pemulihan dikendalikan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Mereka juga diperintahkan melaporkan diri sebulan sekali dengan bahagian itu.
Mereka didakwa memakai pakaian menyerupai wanita bagi tujuan melakukan kesalahan tidak bermoral di Jalan Haji Taib, Jalan Changkat Bukit Bintang, dan Jalan Putra di sini, antara jam 12.10 pagi hingga 3.40 pagi, 15 Oktober lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Kanun Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Kesemua lelaki itu membayar denda berkenaan. - Bernama
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86990#sthash.F3vVXgre.dpuf
Menarik Dari Intenet Raya:
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.