Powered by Blogger.

Monday, October 19, 2015

Bandar terapung di udara di China

Suka.info     7:17:00 AM     0


JIANGXI 18 Okt. - Ribuan penduduk di China gempar apabila mendakwa melihat sebuah bandar terapung di ruang langit di bandar Jiangxi dan Foshan.

Portal berita Mail Online melaporkan, fenomena itu turut dirakam sebahagian penduduk dan dimuat naik di laman web perkongsian video YouTube serta menerima pelbagai reaksi orang ramai dan pakar sains.

Penduduk yang menyaksikan fenomena itu terkejut selepas menyaksikan bangunan pencakar langit menjulang tinggi muncul secara tiba-tiba di celah-celah kepulan awan di ruang angkasa bandar berkenaan selama beberapa saat sebelum hilang.

Ekoran kejadian itu, ramai penduduk pecaya mereka telah melihat satu alam lain, manakala pakar cuaca menyatakan bahawa fenomena itu merupakan satu ilusi optikal yang dikenali sebagai fata morgana.

Fata morgana merupakan sejenis ilusi yang terbentuk dari objek tertentu pada jarak jauh dan boleh dilihat di atas tanah dan laut apabila matahari mula memanaskan atmosfera serta membentuk satu kejatuhan suhu.

Bagaimanapun, fenomena itu mencetuskan perdebatan menarik daripada beberapa kumpulan yang berminat.

Saluran Paranormal Crucible di YouTube menyatakan, fenomena itu kemungkinan adalah satu teknologi holografi rahsia ciptaan China yang sengaja diuji di kawasan yang padat dengan penduduk bagi melihat reaksi mereka.

Tambah saluran itu, bayangan bandar itu juga kemungkinan adalah ujian Project Blue Beam, iaitu satu teori konspirasi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) tentang simulasi makhluk asing akan menyerang Bumi.

Video Bandar Terapung

Sumber: utusan.com.my

Menarik Dari Intenet Raya:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.