Powered by Blogger.

Friday, October 23, 2015

Bekas pengarah, pelukis pelan dituduh rasuah

Suka.info     1:55:00 PM     0

Seremban: Bekas Pengarah dan pelukis pelan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan menerima rasuah berbentuk penginapan di hotel di Port Dickson dan wang RM20,000.

Datuk Abu Bakar Mohd Yusof, 60, dan Mohd Nasir Mohd Isa @ Maidin, 44, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, Abu Bakar dan Mohd Nasir masing-masing dituduh menerima rasuah berbentuk penginapan di Hotel Thistle, Port Dickson, antara 12 hingga 14 Jun lalu, pada 9.43 pagi.

Selain itu, mereka turut didakwa bersama-sama menerima wang tunai berjumlah RM20,000 daripada Mazlan Jamaluddin sebagai dorongan tidak mengganggu dan mengekalkan kontrak kerja pengeluaran bahan batuan, pasir dan mendapan yang dibuat syarikat Warna Generasi Sdn Bhd.

Bagi kedua-dua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa dari SPRM, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Yusmadi Yusuf.

Bekas pengarah, pelukis pelan dituduh rasuah http://feeds.myrippleapps.me/~r/hm/Mutakhir/~3/G0SzUFuV8X8/87515





0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.