KUALA LUMPUR 27 Okt. - Seorang pengarah agensi pekerjaan warga Britain dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan khianat dengan memecahkan cermin kereta seorang jurutera, dua hari lalu.
Mcgruer Kenneth George, 40, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan yang didakwa dilakukan terhadap Dzulzalali Iqram Osman, 30, di Kilometer 305 Lebuh Raya Utara Selatan dari Kuala Lumpur menghala Seremban antara pukul 6.25 dan 6.30 petang, 25 Oktober lalu.
Mahkamah menetapkan jaminan RM11,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua penjamin dan kes akan disebut semula pada 4 Disember ini.
Semalam, perbuatan lelaki warga asing itu dikesan dalam satu rakaman video amatur berdurasi dua minit 44 saat yang menjadi viral di laman sosial Facebook serta blog. - UTUSAN ONLINE
Lagi Menarik di Intenet Raya:
An Impressive Smartphone For Malaysians Who Are Daring & Love To Stand Out
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Lagi Menarik di Intenet Raya:
An Impressive Smartphone For Malaysians Who Are Daring & Love To Stand Out

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.