Kuala Lumpur: Tiga pelacur warga asing ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sebuah rumah di Jalan Perhentian, Sentul, di sini, Sabtu lalu.
Dalam operasi 10.45 malam, tiga wanita berusia 32 hingga 40 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, serbuan dibuat hasil daripada maklumat orang awam.
"Mereka yang ditahan tidak memilik dokumen perjalanan yang sah dan menjalankan menawarkan khidmat seks dengan harga RM 50," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, petang tadi.
Menurutnya, semua yang ditahan direman 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B kerana terbabit dengan aktiviti pelacuran dan Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.