Powered by Blogger.

Thursday, November 19, 2015

Caliph Buskers Buka Mulut Isu Lawak Nabil!

Suka.info     1:13:00 AM     0

Memang tidak disangka-sangka, inilah jawapan dan respon yang diberikan oleh ahli kumpulan pemuzik, Caliph Buskers! Begitu bersahaja dan begitu sempoi malah sedikit pun tidak menyalahkan tindakan Nabil Ahmad pada insiden konsert pembukaan Gegar Vaganza tempoh hari.


Menurut vokalis kumpulan Caliph Buskers itu, Azmi Saat dalam kenyataannya meminta agar masyarakat tidak ambil serius dengan akan gurauan Nabil di konsert Gegar Vaganza tempoh hari.

“Jujurnya, sedikit pun kami tak terasa dengan gurauan Nabil itu. Kami mengikuti program itu dan lawak dia memang menghiburkan.

“Apatah lagi setiap minggu kami berjumpa dengan Nabil di program Meletop dan kami sangat mengenali dia yang suka bergurau secara kasar.

“Ahli-ahli Caliph Buskers lain pun seronok dengan gurauan dia kerana kebanyakan orang melayan kami terlalu baik disebabkan kekurangan kami,” katanya.

Azmi dan juga ahli kumpulan yang lain, Nirwan (pemain gitar), Zaki (pemain gitar/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), dan Rubiana (shaker/vokalis) tidak mengambil serius akan lawak Nabil walaupun kasar malah menyifatkan Nabil seorang yang lucu serta menghiburkan.

Wah! Memang kental betul jiwanya dan sikap seperti ini memang mudah disenangi ramai. Dalam pada itu, Azmi faham jika masyarakat memarahi tindakan Nabil namun Azmi turut ingin orang ramai tahu golongan seperti mereka juga suka bergurau senda.

“Memang dari dulu lagi masyarakat begitu prihatin terhadap sensitiviti golongan OKU. Kami bersyukur dengan perkara itu.

“Tetapi kalau anda semua nak tahu, kami lebih suka jika kami dilayan seperti orang biasa. Kami suka bergurau, malah lebih kasar daripada Nabil lagi. Hahaha..” ujarnya.

Baguslah kalau semuanya selesai, mungkin Nabil dah sedia maklum dan terbiasa bergurau kasar dengan ahli kumpulan tersebut namun tidak diketahui ramai kan. Apa-apa pun buang yang keruh ambil yang jernih. Yang kurang baik kita perbaikinya untuk masa hadapan.

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.