Powered by Blogger.

Friday, October 23, 2015

Dua beradik rentung

Suka.info     10:50:00 PM     0



Melaka: Dua beradik rentung selepas terperangkap dalam kediaman keluarga mereka yang terbakar di Taman Tanjung Minyak, Jalan TM6, Tanjung Minyak, di sini, 5.30 petang tadi.

Mangsa, Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya Nur Qhalisha Balqis Rosghazali, 6, ditemui rentung di dalam bilik tengah kediaman itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 5.38 petang.

"Ketika tiba, 50 peratus kediaman berkenaan sudah terbakar dan kami menemui mayat dua beradik itu dalam keadaan berpelukan di bawah katil.

"Bapa mangsa pula melecur di badan dan diberikan rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Beliau berkata, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mymetro

Menarik Dari Intenet Raya:

The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.