KUALA LUMPUR: Bintang mega filem Tamil, Rajinikanth, bakal berada di Melaka selama sebulan untuk menjalani penggambaran filem lakonannya yang ke-156 berjudul Kabali.
Menerusi filem yang sudah lebih 50 peratus disempurnakan, beliau membawakan watak ketua mafia mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.
Filem arahan Pa Ranjith itu turut membariskan Kalaiarasan, Dinesh, Radhika Apte, Dhansika, Ramesh dan John Vijay.
Terdahulu, berita kedatangan bintang yang mendapat gelaran Raja Wayang South India itu hangat diperkatakan sejak Mei lalu dan sepatutnya dijadualkan berada di sini bulan lepas.
Selepas Malaysia, beliau bakal menyambung penggambaran filem genre aksi itu di Hong Kong serta Thailand.
Terdahulu, Rajinikanth yang tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.50 petang tadi mengundang perhatian ramai yang memuat naik gambarnya di laman sosial.
Menerusi gambar dikongsi peminat di Facebook, Instagram dan Twitter, beliau dilihat diiringi pengawal peribadi dan polis bantuan dari balai ketibaan menuju kenderaan limosin yang membawanya ke hotel penginapan.
Sebelum berlalu, satu sidang media ringkas diadakan pada jam 6.20 petang di lokasi sama untuk memberikan butiran lanjut berhubung produksi berkenaan.
Difahamkan Kabali dijangka ditayangkan pada April 2016.
Berita harian
Lagi Menarik di Intenet Raya:
The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Lagi Menarik di Intenet Raya:
The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.