Powered by Blogger.

Tuesday, October 27, 2015

Maya Karin 'dating' dengan 3 lelaki serentak

Suka.info     1:58:00 PM     0

KUALA LUMPUR: Stesen radio iM4u baru-baru ini meraikan tiga pemenang peraduan 'iM4U fm FUNtasi' dengan merealisasikan impian mereka untuk menjamu selera bersama Maya Karin di sebuah restoran mewah di Subang Jaya.


Shafiq Ramli, Rozaudin Haron dan Muhammad Anwar Abdul Hassan menjadi antara yang bertuah memenangi peraduan itu yang diadakan selama sebulan dan disertai 60 pendengar.

Stesen radio itu sudah menganjurkan beberapa peraduan bagi membolehkan pendengar bertuah merasai pengalaman unik termasuk, belajar bermain gitar bersama artis Warner Music Malaysia, Awi Rafael; memandu kereta mewah Ferrari, pengalaman sehari sebagai penyampai radio iM4U fm, pengalaman berenang bersama jerung di Aquaria KLCC; pengalaman 'makeover' oleh Curlers & Trimmers; beli-belah dengan voucher MIO daripada Distexpress dan paragliding.

"Kami bangga dapat membantu pendengar merealisasikan impian mereka, tetapi juga memberi pengalaman yang berharga kepada mereka," kata Kartini Ariffin, Pengarah Radio iM4U fm.

'iM4U fm FUNtasi' dianjurkan selama sebulan, bermula 10 Ogos lalu. Untuk menyertai peraduan ini, pendengar hanya perlu menjadi pemanggil pertama apabila mendengar isyarat memanggil. Mereka diberi tiga pilihan dan perlu memilih satu. Kemudian, mereka perlu menjawab satu soalan mudah dengan betul untuk memenangi pengalaman itu.

Dalam pada itu, bagi Rozaudin, pengalaman bertemu dan makan bersama Maya Karin adalah suatu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

"Saya berasa teruja. Tak sangka yang saya akan dapat bertemu dengan Maya Karin. Terima kasih kepada iM4U fm," katanya.

Ketiga-tiga pemenang dapat merasai pengalaman dijemput dan dipandu oleh Maya Karin untuk menikmati jamuan tengah hari di eCity Hotel @ One City.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.