
Putrajaya: Indonesia memohon bantuan luar menangani kebakaran selepas segala usaha memadam kebakaran dan operasi pembenihan awan tidak berhasil, sementara skala kawasan terbakar pula semakin melebar, kata Kaunselor Menteri di Kedutaan Besar Indonesia di Malaysia Freddy M Panggabean.
Beliau berkata ia diputuskan selepas lebih 22,000 anggota keselamatan bersama 24 pesawat digerakkan bagi memadamkan kebakaran yang mengakibatkan jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara negara jiran itu.
Ditanya mengapa Indonesia mengambil masa sebelum meminta bantuan luar, selepas menghadiri Bicara Persada: Bernafas Dalam Jerebu Sampai Bila? di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini, Freddy berkata setiap negara mempunyai polisi untuk mengawal bencana secara dalaman terlebih dahulu.
"Ia tidak harus diertikan sebagai Indonesia tidak mahu menerima bantuan luar sebaliknya keputusan itu tentunya dibuat atas keyakinan aset dan keupayaan dalaman yang dimiliki mampu digunakan dalam melaksanakan operasi memadam kebakaran," kata Freddy.
Selain Malaysia, Presiden Indonesia Joko Widodo secara rasmi turut meminta bantuan Singapura, Russia dan Jepun.
Mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Malaysia tidak akan mengenakan sebarang bentuk tekanan kepada Indonesia dalam menangani gejala jerebu, Freddy berkata ia membuktikan wujud persefahaman antara dua negara berjiran.
Kenyataan itu juga, jelas beliau, menyerlahkan keyakinan Malaysia terhadap usaha serta tindakan yang sedang dan akan dilakukan kerajaan Indonesia dalam menangani kebakaran hutan yang menyebabkan gejala jerebu. - Bernama
Mymetro
Menarik Dari Intenet Raya:
The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.