Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Dakwa diraba doktor klinik kerajaan

Suka.info     8:36:00 PM     0



KUALA LUMPUR, 20 Oktober: Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Miss T mendakwa dicabul seorang doktor lelaki ketika menerima rawatan di sebuah klinik kerajaan di Klang, awal Oktober lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu berkata, dia ke klinik tersebut bagi mendapatkan rawatan untuk sakit kepala dan batuk yang dialaminya.

Menurutnya, dalam kejadian 8 Oktober lalu, doktor tersebut meraba bahagian payudaranya beberapa minit ketika menjalankan pemeriksaan pernafasan.

Miss T mendakwa doktor tersebut mengarahkannya membuka baju termasuk coli namun ditolak sebelum doktor itu bertindak memasukkan tangannya ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Dia kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Klang selepas memaklumkan kejadian kepada kakitangan klinik itu.

“Saya mahu polis menyiasat doktor terbabit dan tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap wanita lain,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang di sini hari ini.

Miss T bagaimanapun mendedahkan sehingga hari ini dia masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Dia hadir pada sidang media dengan memakai topeng dan topi serta baju yang sama pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan siasatan masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Sumber: therakyatpost.com



Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

[VIDEO] World Champion Magician Shawn Farquhar Teaches Malaysians A Simple Card Trick  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.