Kuantan: Penemuan emas di kawasan perlombongan bauksit di sekitar Kuantan tidak benar kerana aktiviti perlombongan mineral itu tidak berlaku di jalur kawasan emas.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak berkata, beliau dan kerajaan negeri juga tidak pernah dimaklumkan tentang penemuan emas di sini sejak perlombongan bauksit bermula beberapa tahun lalu.
Sedangkan menurutnya, penemuan emas di negeri ini perlu dilaporkan kepada jabatan berkenaan dan kerajaan negeri.
“Apabila melombong, mungkin akan berjumpa sedikit mineral lain selain mineral utama. Namun emas memang kita tidak dengar kerana emas di Pahang hanya ada di kawasan tertentu.
"Emas di Pahang juga lazimnya dijumpai dalam bentuk 'solid rock' menyebabkan ia tidak mudah untuk diambil dalam bentuk 'finish product'," katanya dihubungi di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Soffi menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial Facebook hari ini, mendakwa penemuan emas di lombong bauksit menjadi sebab aktiviti perlombongan mineral itu tidak dihentikan.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Pahang Mohd Zaim Abdul Wahab juga menyifatkan dakwaan penemuan emas di Kuantan sebagai 'sangat-sangat tipis dan boleh diabaikan' kerana geologinya sebagai kawasan yang bukan mempunyai emas.
"Kajian menunjukkan jalur emas di Pahang bermula dari Kelantan, melalui Merapoh, Kuala Lipis, Raub dan Bentong. Semua kawasan ini terletak di Pahang barat dan bukannya di timur negeri," katanya. - Bernama
http://www.hmetro.com.my/node/89549#sthash.e3yFwmzm.dpuf
Lagi Menarik di Intenet Raya:
How Far Would A Malaysian Go To Save Money?
5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!
You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams
Light Up The Lives of 50 Families This Christmas
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.