Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Gadis berpaut di tepi kereta

Suka.info     4:50:00 PM     0

RIYADH 21 Okt. – Seorang bapa ditahan oleh pihak polis selepas membiarkan anaknya berpaut pada tingkap kereta ketika sedang memandu dengan kelajuan 104 kilometer sejam di jalan raya, di sini baru-baru ini.

Menurut portal Daily Mail, lelaki tersebut dikesan selepas kejadian mengejutkan itu dirakam oleh seorang pemandu yang berada di belakang kereta tersebut sehingga video berkenaan menjadi viral di media sosial.

Lelaki itu kemudian ditahan kerana membahayakan nyawa anaknya serta pengguna jalan raya lain, namun pihak polis tidak memberikan sebarang maklumat mengenai tindakan yang akan diambil terhadapnya.

Kejadian tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak di laman sosial yang menyifatkan lelaki itu sebagai seorang bapa yang tidak berperikemanusian serta keterlaluan.

Kebanyakan masyarakat di Arab Saudi turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil kanak-kanak itu daripada jagaan keluarganya serta memberi hukuman yang berat kepada bapanya.

“Saya tertanya-tanya jika kanak-kanak itu fikir perkara ini menyeronokkan atau sebenarnya tindakan itu satu bentuk hukuman kepadanya,” komen seorang pengguna laman sosial selepas menyaksikan rakaman tersebut.

Seorang lagi pengguna jalan raya pula berkata, jika ada sesiapa yang ingin tahu mengapa rekod keselamatan jalan raya di negara ini begitu buruk, mereka hanya perlu melihat video itu.

Keselamatan jalan raya sememangnya menjadi isu utama di Arab Saudi, dengan 485,931 kemalangan direkodkan pada tahun 2013 membabitkan 6,458 kematian atau kira-kira seorang setiap 90 minit.

Klik Video Pak Arab bergayut di luar tingkap kereta jadi viral

Gambar hiasan

Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.