Powered by Blogger.

Saturday, October 24, 2015

Guna kapal perang pindahkan mangsa

Suka.info     5:07:00 AM     0



Jakarta: Kerajaan Indonesia merancang menggunakan kapal perang sebagai langkah terakhir memindahkan kanak-kanak dan penduduk yang terjejas akibat jerebu teruk yang melanda beberapa wilayah di negara itu.

“Kami mencari lokasi untuk memindahkan kanak-kanak sekiranya keadaan memerlukan,” kata Menteri Keselamatan Indonesia, Luhut Pandjaitan.

Katanya, kerajaan menyediakan enam kapal perang dan dua feri milik negara sebagai langkah untuk memindahkan penduduk.

“Bagaimanapun, rancangan itu adalah langkah terakhir sekiranya usaha memindahkan penduduk ke pejabat kerajaan yang mempunyai alat penapis udara tidak berkesan,” jelasnya.

Luhut yang ditugaskan memantau operasi bantuan jerebu memberitahu, kerajaan menganggap isu itu sebagai bencana kebangsaan, tetapi tidak sampai mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Jerebu yang melanda rantau ini lebih dua bulan lalu berpunca daripada asap kebakaran hutan akibat aktiviti pembersihan tanah untuk pertanian.

Asap kebakaran hutan menyebabkan jerebu tebal di Malaysia dan Singapura sebelum merebak ke selatan Thai dan kini ke selatan Filipina.

Kebakaran hutan kini merebak ke kawasan baru seperti di Papua dan pakar menjangka api mungkin dapat dipadamkan sepenuhnya pada awal tahun depan.

Jakarta pada awal bulan ini meminta bantuan Malaysia, Singapura, Australia dan terbaru Russia untuk memadam kebakaran hutan di wilayahnya.

Menurutnya, selepas melihat keberkesanan pesawat pemadam api, Be200 milik Russia, Jakarta merancang meminta bantuan pesawat jenis yang sama dari Kanada, Amerika Syarikat dan Perancis.

Mymetro

Menarik Dari Intenet Raya:

The Unspoken Bond A Malaysian Can't Deny Even When Overseas

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.