Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Hukuman sebat terhadap pesalah iklan haram

Suka.info     12:59:00 PM     0

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang mengenakan hukuman lebih berat termasuk sebatan terhadap pesalah iklan haram.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd.Aziz berkata, hukuman itu dilihat lebih berkesan berban-
ding nilai kompaun yang dikenakan sebelum ini.

Menurut­nya, pelaksanaan hukuman tersebut akan dicadangkan untuk dikenakan kepada me­reka yang ditangkap melakukan aktiviti penampalan iklan haram khususnya di sekitar ibu negara.

“Mele­kat­kan atau memasang iklan haram adalah satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan Undang-Undang Kecil Vande-
lisme (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1991.

“Meskipun pelbagai inisiatif tindakan yang DBKL ketengahkan, kegiatan haram ini masih tidak dapat dibendung. Bayangkan jika hari ini 100 iklan haram diturun-
kan, esok muncul jumlah berganda di kawasan sama,” katanya dalam sidang akhbar berhubung aktiviti iklan haram di sini.

Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Normah Malik dan Pengarah Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Ibrahim Yusoff.

Mhd. Amin Nordin berkata, selain sebatan, DBKL juga akan mengkaji meningkatkan kadar denda kepada pemilik iklan haram termasuk individu yang bertindak sebagai agen iklan antara RM2,000 hingga RM50,000.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejak Januari lalu sejumlah 901,878 iklan haram berjaya diturunkan melibatkan sebanyak 190 kompaun dikeluarkan dan 166 syarikat dikenakan tindakan undang-undang.

“DBKL terus komited untuk membanteras kegiatan ini dengan lebih agresif termasuk menggunakan kaedah cat anti pelekat di beberapa kawasan tertentu selain mewujudkan pasukan khas di pe-
ringkat Jabatan Penguatkuasaan untuk memantau pergerakan mereka pada waktu awal pagi.

“Kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Alam Flora Sdn. Bhd. untuk membanteras kegiatan itu juga akan diteruskan.

Tambah Mhd. Amin Nordin, DBKL juga turut meminta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan pembatalan lesen serta merampas mesin pencetak terhadap syarikat percetakan yang ditangkap menjalankan kegiatan haram itu.

utusan


Lagi Menarik di Intenet Raya:

7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!





0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.