Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Ibu muda derita kain pembalut luka tertinggal dalam alat sulit

Suka.info     11:37:00 AM     0


SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda mendakwa kakitangan di sebuah hospital kerajaan di sini melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kain kasa pembalut luka (gauze) tertinggal pada bahagian dalam kemaluannya selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.

Mangsa, Norsyazwani Mohd. Nasirudin, 25, mendakwa, dia telah dimasukkan ke hospital berkenaan dan melahirkan anaknya itu secara normal.

Dia mendakwa sering mengalami kesakitan pada celah kelangkang selepas bersalin sebelum menemui gauze tersebut yang tiba-tiba terkeluar daripada kemaluannya selepas pulang ke rumah dua hari kemudian.

“Setiap kali saya mahu duduk atau berdiri saya sering berasa sakit pada celah kelangkang beranggapan ia merupakan disebabkan jahitan selepas melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Terkejut dengan penemuan itu, Norsyazwani kemudian bertindak mendedahkan gambar kain gauze menerusi laman Facebooknya, Wanie Shifu, sekali gus menjadi viral dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial.

Rata-rata netizen khususnya para ibu memohon agar Norsyazwani segera mengambil tindakan tegas atas kecuaian pihak Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah.

Berdasarkan ruangan komen, Wanie mendakwa, dia bersalin secara normal di hospital tersebut baru-baru ini.

Dek kerana kecuaian hospital berkenaan, wanita itu mengakui menderita kesakitan akibat darah beku yang terkumpul dalam rahimnya.

Susulan itu, Wanie telah menjalani pembedahan bagi membuang darah beku tersebut.

Kain gauze kebiasaanya digunakan ketika menjahit untuk memberhentikan pendarahan. 

Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.