Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Isteri pecahkan BMW 740 lepas suami curang ada perempuan simpanan

Suka.info     7:31:00 PM     0

CHINA - Seorang wanita bertindak merosakkan kereta mewah BMW 740 milik suaminya selepas mendapati lelaki tersebut mempunyai perempuan simpanan.

Kejadian yang berlaku di Shenzhen itu menyaksikan wanita yang dikenali sebagai Wu memukul kenderaan terbabit berulang kali dengan penukul.

Wu dikatakan berang dan membuat keputusan untuk menghancurkan kereta yang bernilai hampir RM700 ribu itu selepas mendapat khabar suaminya bermesra-mesra dengan perempuan lain di dalam kereta itu.

Orang ramai mula perasan dengan insiden tersebut selepas mendengar bunyi bising di tempat letak kereta bersama dengan jeritan wanita marah itu.

Wu dilaporkan memecahkan kereta tersebut sambil menjerit “perempuan jalang yang duduk di dalam kereta ini terlalu kotor!”.

Pengawal keselamatan cuba menenangkannya namun Wu memberi amaran agar tidak masuk campur dengan menyatakan kereta itu miliknya.

Suaminya dilaporkan mempunyai urusan luar dan hanya maklum selepas diberitahu oleh pengawal keselamatan mengenai insiden terbabit.

Kemarahan tak dibendung wanita tersebut telah menyebabkan kemusnahan teruk pada kereta mewah itu dengan kedua-dua belah lampu di bahagian depan dan belakang hancur, cermin pecah dan retak serta kemik di beberapa bahagian yang lain. – Agensi/MYNEWSHUB.CC






Video Utube: https://www.youtube.com/watch?v=-gsvx2yn-u8


Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.