Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Kahwin wanita tempatan untuk dapat kerakyatan

Suka.info     7:46:00 PM     0

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 19 Okt.  -  Warga Bangladesh yang menyusup masuk dan bekerja di negara ini dikesan menggunakan apa sahaja cara untuk menetap lebih lama. Paling mengejutkan, taktik sema­kin ‘popular’ yang digunakan adalah dengan berkahwin wanita tempatan. 

Menurut sumber, warga Bangladesh kini tidak segan untuk bermain cinta dengan wanita tempatan dan apabila ‘pancing’ terkena, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk mereka tinggal lebih lama di sini. Katanya, agenda utama perkahwinan itu dipercayai untuk memanjangkan tempoh Pas Lawatan Sosial (PLS). 

“Sebelum ini kita mengesan me­reka sanggup menyimpan sejumlah wang untuk membayar tempoh pemanjangan PLS tetapi kini perkahwinan dengan wanita tempatan menjadi laluan mudah untuk mereka. “Melalui cara ini, mereka akan mempunyai alasan yang kuat untuk mendapatkan PLS bagi tempoh yang lebih lama di Malaysia,” kata sumber kepada Utusan Malaysia, di sini. 

Kata sumber lagi, selain untuk memanjangkan tempoh PLS, warga Bangladesh terbabit juga sedar bahawa dengan menikahi rakyat tempatan, mereka boleh memperoleh pelbagai manfaat dan kelebihan seperti yang diperoleh warganegara. “Warga Bangladesh yang bekerja di sini bukanlah mundur intelek se­perti yang kita sangka kerana mereka amat sedar tentang perkhidmatan awam khususnya dalam aspek kesihatan yang ditawarkan di negara ini. 

“Dengan bernikah rakyat tempatan, sedikit sebanyak kenikmatan yang dikecapi kita akan dikongsi bersama dengan mereka. Ini turut menjadi dorongan buat mereka untuk menjadi sebahagian daripada rakyat kita,” jelasnya. Dalam perkembangan sama, sumber berkata, kebanjiran warga Bangladesh di negara ini sebenar­nya adalah berpunca daripada sikap rakyat Malaysia sendiri yang ‘bermurah hati’ selain tidak sanggup melakukan kerja berat. 

“Warga Bangladesh menetap di Malaysia kerana mereka sanggup melakukan kerja yang warga tempatan tidak sanggup lakukan sehingga mereka dikesan terus memonopoli beberapa bidang. “Jadi tidak hairanlah, pelbagai sektor pembangunan negara seperti di pusat pembinaan, perladangan dan perkilangan kini dimonopoli mereka. 

“Malah mereka juga tidak seperti rakyat tempatan kerana tidak pernah merungut. Bagi mereka, berada di Malaysia lebih baik berbanding di negara asal yang banyak berbeza dari perspektif kestabilan sosial, politik serta ekonomi,” kata sumber.

Sumber: Utusan



Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

[VIDEO] World Champion Magician Shawn Farquhar Teaches Malaysians A Simple Card Trick  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.