Powered by Blogger.

Monday, October 19, 2015

Kilang hampir musnah terbakar

Suka.info     11:49:00 AM     0


LAHAD DATU: Tindakan pantas yang diambil oleh Pasukan Penyelamat Kecemasan kilang atau ‘Emergency Rescue Teams’ (ERT) bagi memadam api kebakaran menara penyejuk atau ‘Cooling Tower’ telah berjaya menyelamatkan kilang produk minyak terbabit daripada musnah terbakar.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 9,50 pagi, melibatkan sebuah menara penyejuk Kilang Sahabat Oil Product yang terletak di FELDA Sahabat 16.

Sementara itu, Ketua Operasi PBK II, Abu Bakar Taraji ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.54 pagi dan mengarahkan seramai enam anggota bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian dan diketuai oleh beliau sendiri.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.46 pagi mendapati api telah dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan ERT.

“Oleh kerana jarak yang terlalu jauh, pasukan kita hanya melakukan kerja-kerja pemeriksaan semula dalam mempastikan api tidak menyalah semula sebaik tiba di tempat kejadian,” katanya sambil menambah operasi itu kemudiannya ditamatkan pada jam 11.52 pagi selepas semua keadaan dipastikan selamat.

Jelasnya lagi, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihaknya kini masih lagi meneruskan siasatan berhubung punca dan jumlah kerugian yang dialami dalam kejadian itu.

Sumber: theborneopost.com

Menarik Dari Intenet Raya:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.