Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2015

Kucing Hutan Kini boleh diperoleh secara online

Suka.info     12:35:00 PM     0

KUANTAN - Permintaan yang menggalakkan selain tawaran harga lumayan mencecah RM6,000 seekor, menjadi faktor utama aktiviti menjual kucing hutan kini semakin berleluasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Sharif berkata, selain dilakukan sindiket yang menjual haiwan berkenaan secara atas talian, kegiatan terbabit juga turut membabitkan masyarakat Orang Asli.

“Perhilitan memandang serius aktiviti menyimpan dan menjual kucing hutan atau nama saintifiknya Prionailurus Planiceps.

“Selain melakukan pemeriksaan, anggota penguatkuasa juga akan terus memantau laman sosial yang terbabit dengan aktiviti menjual kucing hutan,” katanya.

Khairiah berkata, dalam tempoh dua tahun sejak 2012, pihaknya berjaya merampas sebanyak 21 ekor kucing hutan membabitkan lapan kes di negeri ini yang dijual secara terbuka dan atas talian.

"Enam kucing hutan dirampas pada 2012 dan 15 ekor pada 2013 yang merupakan milik peminat kucing dan juga dalam simpanan Orang Asli.

“Kucing hutan dijual pada harga antara RM500 hingga RM6,000 seekor, harga haiwan berkenaan yang banyak terdapat dalam kawasan hutan kecil dan ladang kelapa sawit bergantung kepada jantina, umur, saiz dan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, tiga kes membabitkan rampasan 10 ekor kucing hutan membabitkan jualan atas talian, selepas mendapat maklumat anggota penguatkuasa membuat serbuan.

"Memiliki dan menyimpan kucing hutan suatu kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun," katanya.

SinarHarian



Lagi Menarik di Intenet Raya:

7 Sebab Kenapa Lelaki Nampak Seksi Pada Mata Wanita Sampai Bikin Cair

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.