GOSIP yang mengaitkan nama Maria Farida sebagai perampas suami orang baru-baru ini menarik perhatian Miss J untuk mengetahui punca sebenar yang berlaku.
Lebih menghangatkan kisah sensasi Maria apabila perkara tersebut mendapat campur tangan daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengan wanita kacukan ini.
Bukan itu sahaja, pembabitan anak kandung wanita yang mendakwa dirinya isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengan Maria turut menambah kekecohan.
Berlakulah peperangan tiga penjuru dalam alam maya apabila masing-masing meluahkan cerita sebenar dan pandangan berhubung isu yang timbul kepada pelayar Internet.
Yang pasti, dalam kes ini nampaknya Maria yang lebih terkesan sebab dia selebriti yang dikenali. Sudah pastilah dia menjadi mangsa kutukan berbanding yang lain.
Tapi Maria bernasib baik apabila anak isteri kepada lelaki yang sama dikaitkan dengan Maria turut menyebelahi Maria ketika keadaan semakin panas.
Lebih-lebih lagi apabila anak isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengan Maria itu menggunakan cara memalukan ibu sendiri di alam maya dengan mendedahkan perangai sebenar wanita yang melahirkannya.
Memang cara itu sangat keterlaluan. Sebab itu Miss J kata yang Miss J terkesan dengan kes sebegini. Nampak sangat masyarakat kita sedang nazak berdepan dengan penyakit.
Budaya fitnah memfitnah berleluasa bukan saja dalam kehidupan hari ini malah lebih teruk lagi berlaku di laman sosial.
Semput juga Miss J mengikuti pelbagai versi cerita demi cerita membabitkan kisah artis tempatan di alam maya. Semuanya panas-panas belaka dan setaraf dengan artis antarabangsa!
Yang pasti Miss J berharap agar kes membabitkan Maria ini sudah selesai. Miss J tak nak dengar lagi cerita sensasi Maria yang dikaitkan dengan mana-mana lelaki.
Sehinggakan ada pihak lain yang meminta Miss J bertanya kepada Maria tentang status terbarunya sama ada Maria sudah berkahwin atau tidak dengan lelaki yang dikaitkan dengannya itu.
Hah, kalau soalan itu kena tanya sendiri kepada Maria. Sama ada dia mahu berkongsi atau tidak. Semuanya terpulanglah kepada Maria.
Sebab Maria yang Miss J kenali selama ini pernah memberitahu yang dia tidak berminat untuk menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat kepada mana-mana lelaki.
Maria lebih berminat kepada lelaki solo. Sama ada pernah berkahwin atau tidak, itu belakang cerita.
Maklumlah, terlalu banyak dugaan buat seorang wanita yang hidup bermadu. Kena banyak bersabar dan menjaga hati. Nanti silap hari bulan, ada yang terasa hati!
Utusan online

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.