Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Mengaku tampar pekerja cuci kereta

Suka.info     1:04:00 PM     0

Shah Alam: Ahli perniagaan mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan pekerja premis mencuci kereta di Kampung Baru Subang, minggu lalu.

Mohd Risamuddin Ab Wahab, 36, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ellyana Razali.

Mengikut kertas pertuduhan dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah iaitu patah di bahagian hidung kepada Shaheb Ali dengan menggunakan tangan pada 17 Oktober lalu jam 12.45 tengah hari.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Master Clean Car di No 30 H tingkat bawah Jalan Dinar FU3/F Taman Subang Perdana, Kampung Baru Subang.

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk Mohd Risamuddin membayar kompaun RM5,000 mengikut Seksyen 260 Kanun Acara Jenayah.

Ellyana kemudian mengarahkan tertuduh membayar kompaun RM5,000 kepada majikan dan mangsa pada hari ini.

Selain itu Ellyana turut memerintahkan kedua-dua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan kepada media serta tidak boleh mengambil tindakan sivil sesama mereka.

Mohd Risamuddin turut diperintahkan memohon maaf kepada mangsa dan majikannya di dalam mahkamah.

Video tindakan Mohd Risamuddin menampar Shaheb di premis cuci kereta berkenaan menjadi viral di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Mohd Risamuddin kemudian ditahan Ahad lalu di Damansara sebelum didakwa, hari ini.




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.