Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Deutsche Bank terpindah RM25.5 bilion ke akaun pelanggan

Suka.info     4:51:00 PM     0

JERMAN - Deutsche Bank tersilap melakukan transaksi wang berjumlah AS$6 bilion (RM25.5 bilion) kepada seorang pelanggan selepas memasukkan salah nombor akaun.

Kesilapan itu dilakukan oleh seorang kakitangan dalam bahagian jualan pertukaran asing pada bulan Jun lalu.

Wang sebanyak itu dimasukkan ke dalam dana lindung nilai Amerika Syarikat seorang pelanggan tetapi perkara itu dapat dikesan sahari kemudian dan mendapati kakitangan itu menggunakan 'angka kasar' berbanding 'angka bersih', menurut laporan yang dipetik dari Bloomberg.

Insiden ini merupakan beberapa siri skandal bank berpangkalan di Frankfurt yang telah menggoncang kedudukan pengurusan utama dan perniagaan besar.

Dua ketua eksekutif bersama, Anshu Jain dan Juergen Fitschen telah meletakkan jawatan pada Jun lalu selepas gagal mencapai sasaran keuntungan dan kini telah digantikan dengan John Cryan.

Bank itu terperangkap dengan kira-kira 6,000 kes undang-undang dan merekodkan denda sebanyak AS$2.5 juta pada Mei lalu kerana terlibat dalam penipuan kadar faedah. - MalaysiaGazette




Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

[VIDEO] World Champion Magician Shawn Farquhar Teaches Malaysians A Simple Card Trick  


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.