Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Najib Dan Bintang Terminator, Arnold Schwarzenegger Bertemu

Suka.info     4:59:00 PM     0

KUALA LUMPUR: Selebriti terkenal dunia, Arnold Schwarzenegger yang hadir ke Malaysia untuk Forum Transformasi Global (GTF) bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam tadi.

Memetik The Malay Mail Online, kedua-dua personaliti tersebut dilihat bersalaman dan berbalas senyuman ketika mereka menghadiri majlis makan malam sempena program itu.

Schwarzenegger yang juga merupakan bekas Gabenor California akan mengambil bahagian dalam forum berkenaan dengan ucapan bertajuk "Discipline of Action" pada petang esok.

Beliau juga terkenal sebagai bintang utama dalam filem "Terminator".

Bukan sahaja Schwarzenegger, turut sama akan menyampaikan ucapan di pentas yang sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez dan bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong.

Forum Transformasi Global (GTF) dianjurkan untuk menggalakkan dialog antara negara dalam usaha memperkukuhkan lagi dasar transformasi.





Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.