Powered by Blogger.

Tuesday, October 20, 2015

Pemandu Uber perkosa penumpang

Suka.info     7:34:00 PM     0


NEW DELHI: Seorang pemandu perkhidmatan kereta Uber didapati bersalah oleh Mahkamah India atas tuduhan merogol seorang penumpang wanita dalam kenderaannya tahun lalu. 

Pemandu itu, Shiv Kumar Yadav, turut disabitkan atas tuduhan ancaman jenayah, penculikan dan membahayakan nyawa seorang wanita. 

Ketika kejadian, mangsa berusia 26 tahun menggunakan perkhidmatan Uber pemandu terbabit untuk pulang ke rumah dari tempat kerjayanya sebelum dirogol. 

Kejadian itu pada Disember tahun lalu, mencetuskan tunjuk perasaan meluas di India bagi menentang keganasan seks dan membawa kepada peningkatan tuntutan supaya kerajaan mengambil lebih banyak langkah menjaga keselamatan wanita. 

Kes itu juga menjadi tamparan negatif mengenai tahap keselamatan perkhidmatan kereta Uber yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. 

Ini kerana perkhidmatan Uber membolehkan penumpang mendapatkan kenderaan menerusi aplikasi di lebih 250 bandar di seluruh dunia. Hukuman ke atas Shiv Kumar akan ditentukan pada Jumaat ini.



Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

[VIDEO] World Champion Magician Shawn Farquhar Teaches Malaysians A Simple Card Trick  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.