FIGURA yang popular dengan tagline #kipidap (keep it up), Abdul Rani Kulup tampil menyokong dan mempertahankan tindakan pemilik Range Rover yang dirakam memukul pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, Selangor baru-baru ini ekoran dikatakan bersikap kurang ajar dan mengotori kenderaannya.
Sebaliknya, ‘Raja Report Malaysia’ ini menyifatkan bahawa pekerja berkenaan dan pemilik pusat cuci kenderaan itu yang sepatutnya dipersalahkan dalam insiden ini.
“Nasib baik dia pukul, kalau saya, mungkin saya suruh pekerja itu berguling atas padang.
“Kepada pengurus-pengurus pusat cuci kenderaan, anda patut melatih, mendisiplinkan pekerja-pekerja anda supaya bersopan kepada pelanggan-pelanggan sebab kita lihat di stesyen pam minyak pekerja asing warga Bangladesh sungguh sopan… hati pelanggan sejuk,” katanya.
Rani juga Presiden Martabat Jalinan Muhibah Malaysia ditemui media selepas membuat laporan polis berhubung kes pukul pekerja Bangladesh itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Selasa.
Pada masa sama, Rani turut menyentuh mengenai masalah pekerja asing bersikap biadab yang sering dilihat di kedai makan dan restoran hingga menyebabkan ramai pelanggan marah.
“Bukan salah pelanggan, pekerja yang salah dan pengurus yang tak tahu mengurus pekerja sehingga mereka biadap kepada pelanggan,” tambahnya lagi.
Terdahulu, lelaki berusia 30-an dilaporkan ditahan bagi membantu siasatan dalam kes ini di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Sumber: mynewshub
Menarik Dari Intenet Raya:
How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.
When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...
[VIDEO] World Champion Magician Shawn Farquhar Teaches Malaysians A Simple Card Trick
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.