KUALA LUMPUR, 22 Oktober: Tidak tahan dengan keadaan jerebu yang melanda negara, seorang peniaga membuat laporan polis terhadap kerajaan Indonesia, petang semalam.
Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira jam 1.32 petang.
Dalam laporan lelaki berusia 52 tahun itu mendakwa keluarganya tidak dapat bernafas dengan baik susulan keadaan jerebu yang disifatkannya semakin teruk.
Difahamkan, peniaga yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu berada di pekan Kepala Batas bersama keluarganya apabila mendapati bacaan indeks pencemaran udara (IPU) mencecah tahap tidak sihat.
Lelaki tersebut mahu mahkamah antarabangsa mengambil tindakan terhadap kerajaan Indonesia dan menuntut AS$100 juta dolar sebagai ganti rugi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Azmi Adam berkata, pihaknya menerima laporan tersebut namun tiada kertas siasatan yang dibuka.
Menurutnya, setakat ini hanya satu laporan yang diterima berhubung keadaan jerebu yang melanda kawasan itu.
“Tiada kertas siasatan yang dibuka untuk laporan itu kerana tiada unsur jenayah yang dapat dikaitkan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Sumber therakyatpost

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.