Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Perodua Viva milik jurutera tersangkut di lereng bukit

Suka.info     6:58:00 AM     0


Melaka: Kereta milik jurutera syarikat telekomunikasi menggelungsur dengan sendiri sebelum tersangkut pada konkrit di lereng bukit bersebelahan pusat perubatan swasta di Ayer Keroh, 3 petang tadi.

Pemilik model yang sudah hilang identiti asal itu, Mohd Farhan Mislan, 27, berkata, sebelum kejadian dia yang baru selesai melakukan kerja penyelenggaran di menara telekomunikasi di atas bukit berkenaan memberhentikan kereta itu untuk menutup besi palang keselamatan.

"Ketika menutup palang saya lihat kereta menggelungsur dan terus melompat masuk ke dalamnya namun tidak sempat menekan brek.

"Menyedari kereta sudah berada hampir dengan lereng bukit saya melompat keluar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Mohd Farhan berkata, dia berasa amat bersyukur kerana kejadian tidak membabitkan kenderaan lain atau terlajak hingga merempuh bangunan pusat perubatan berkenaan.



Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.