Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Pulau Pinang dikesan hab hasil dadah

Suka.info     6:53:00 AM     0



KUALA LUMPUR 20 Okt. - Pulau Pinang kini dikenal pasti menjadi hab sindiket penghasilan dadah sintetik bagi memenuhi permintaan dalam pasaran negara ini termasuk Thailand dan Indonesia.
NUR JAZLAN MOHAMED

Timbalan Menteri Dalam Ne- geri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, senario membimbangkan itu dilihat menerusi peningkatan kes rampasan dan tangkapan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan aktiviti pengedaran serta penemuan makmal dadah di ne­geri tersebut.

“Mula-mula Pulau Pinang menjadi transit bagi sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk bekalan Thailand dan Indonesia.

“Tetapi sekarang negeri itu te­lah berkembang menjadi hab menghasilkan dadah khususnya dadah sintetik untuk dijual ke pasaran tempatan selain negara jiran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan antara wakil Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Polisi Dadah dan Majlis AIDS Negara di bangunan Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan menjelaskan, Pulau Pinang dijadikan lokasi pilihan kerana memiliki jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang strategik bagi tujuan pengedaran dadah.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha meneliti keperluan mengkaji semula hukuman gantung mandatori berkaitan dadah di bawah pembentukan Dasar Dadah Negara.

“Kita sedang membincangkan berhubung hukuman ini selain keperluan untuk memberikan kuasa kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman yang lebih se- timpal apabila mengendalikan kes berkaitan dadah.

“Ini kerana sebelum ini, hukuman gantung turut dikenakan kepada individu yang terlibat dalam kes dadah walaupun dalam kuantiti yang kecil, jadi kita mahu bincangkan soal ini,” katanya.

Sumber: Utusan


Menarik Dari Intenet Raya:

How To Conquer Gold Coast Effortlessly Like A Local. You’ll Never Want To Leave.

When You Have That One Friend Who Can REALLY EAT, You Know That...

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.