Chukai: Lebih seratus pemandu disaman dalam dua jam kerana memandu melebihi had laju di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), dekat Perasing, di sini, hari ini.
Pegawai Penguat Kuasa dan Operasi Trafik Bukit Aman, Deputi Superintendan Mustaffa Bakri Salleh, berkata dalam operasi itu bermula kira-kira 9 pagi.
Katanya, pemandu didapati memandu melebihi 165 kilometer sejam.
"Kami amat bimbang kerana masih ramai memandu laju walaupun mereka (pemandu) sendiri sedar berlaku banyak kemalangan di lebuh raya ini," katanya.
Operasi diadakan di Kilometer 255.2 dekat Perasing membabitkan 22 pegawai dan anggota Trafik Bukit Aman.
Menurut Mustaffa, pihaknya turut mengeluarkan 22 saman berkaitan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan, lesen dan cukai jalan tamat tempoh serta lampu brek tidak berfungsi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89720#sthash.VeLJPFHP.dpuf
Lagi Menarik di Intenet Raya:
How Far Would A Malaysian Go To Save Money?
5 Incredibly Fun Things You Can Do In Korea During Winter For Absolutely FREE!
You're One Simple 'Recipe' Away From Cooking Up The Kitchen Of Your Dreams
Light Up The Lives of 50 Families This Christmas
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.