Powered by Blogger.

Monday, October 19, 2015

Roh bangkit untuk meninggalkan mesej

Suka.info     8:06:00 PM     0

MELAKA: Bekas rakan kelas seorang lelaki yang meninggal dunia keliru apabila menerima mesej daripada si mati menerusi aplikasi WhatsApp selepas disahkan mati meninggal dunia.

Seramai 19 rakan sekolah berusia 53 tahun yang mewujudkan kumpulan sembang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bandar Hilir di sini terkejut apabila menerima mesej daripada Yong Soo Fah, sehari selepas kematiannya akibat diserang sakit jantung semasa bercuti di Langkawi pada 9 Oktober lalu.

Seorang bekas rakan kelasnya, Lim Dow Toon berkata, mesej itu: "Come start happy now all my F..I go F."

Beliau berkata, mesej itu dihantar dalam kumpulan itu pada 1.45 petang sehari selepas mayat Soo Fah dibawa pulang untu upacara pengebumian di sini.

Kata Dow Toon, rakan yang dikenalinya sejak Tahun Satu jarang sekali mengirim mesej yang ringkas dalam kumpulan itu.

Pada mulanya mereka menyangka ada di kalangan saudara mara Soo Fah yang menghantar mesej berkenaan.

"Tetapi apabila kami bertanya keluarganya, tiada yang berbuat demikian malahan mereka memberitahu terlalu sibuk menguruskan upacara pengebumian.

"Juga diberitahu, telefon bimbit Soo Fah ditutup sebaik dia meninggal dunia," katanya.

Dow Toon dan rakannya yang lain semakin keliru apabila ada ahli keluarga Soo Fah mendedahkan beberapa hari kemudian bahawa hanya kumpulan mereka menerima mesej itu berbanding beberapa lagi kumpulan sembang lain selepas mereka mengaktifkan dan memeriksa telefon bimbit Soo Fah.

Selain itu, seorang lagi rakan, Mak Chee Kin berkata, satu lagi kekeliruan yang berlaku berkaitan ucapan takziah atas kematian Soo Fah.

"Ucapan diterima hanya beberapa jam selepas kematiannya tetapi lebih memeranjatkan apabila si mati sendiri yang mengirim mesej itu," katanya.

Jelasnya, mesej itu mungkin bermaksud “Be happy, all my friends.. I go first.”

Sehingga kini, rakan sekelas Soo Fah menganggap mesej yang diterima itu kejadian misteri.


Menarik Dari Intenet Raya:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.