Seekor panda gergasi yang berada di Zoo Toronto, Kanada telah berjaya dirakam semasa melahirkan anak kembar iaitu pada 3:30 pagi untuk anak pertama dan 3:45 pagi untuk anak kedua.
Ia manjadi detik bersejarah zoo berkenaan selepas bejaya menyambut kelahiran haiwan yang semakin diancam kepupusan berkenaan dan hanya terdapat di negara China.
Panda berkenaan yang diberi nama Er Shun telah dipinjamkan oleh China pada tahun 2014 lalu dan ini adalah kelahiran pertama sejak haiwan berkenaan dipinjamkan dan apa yang lebih menarik ia melahirkan anak kembar.
Untuk menggalakkan aktiviti pembuntingan, Er Shun telah disuntikan sperma yang diambil dari panda jantan, Da Mao.
Bagaimana pun tempoh matang untuk panda melahirkan anak adalah sukar dipastikan kerana berdasarkan kes sebelum ini tempoh matang untuk panda melahirkan anak adalah pada hari ke 87 hingga 186 hari selepas mengandung, dan ia dipanggil "delayed implantation."
Video panda melahirkan anak kembar
Menarik Dari Intenet Raya:
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.