Powered by Blogger.

Thursday, October 22, 2015

Ummu Jah meninggal dunia

Suka.info     11:40:00 PM     0

JITRA: Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, 62, dilaporkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, berkata Allahyarhamah menghembus nafasnya yang terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Kedah Medical Centre (KMC) di Alor Setar.

Semasa hayatnya, Hatijah adalah Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd GISB dilaporkan meninggal dunia akibat serangan sakit strok.

Beliau yang menerima rawatan di KMC sejak 16 Oktober lalu dijangka disembahyangkan esok di Masjid Mustaqim, Bandar Darulaman, di sini, sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kamoung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang dekat sini.

Pada 9 November 2013, Ummu Jah bersama 300 pengikut GISB melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan al-Arqam dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beliau melafazkan taubat dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar dan Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.

Sumber beritaharian


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.