KUALA LUMPUR – Seorang akauntan yang baru sepuluh hari menimang cahaya mata sulung ditemui maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Jalan 1/112H off Jalan Kerinchi, Bangsar South di sini kelmarin.
Sebelum tragedi pada pukul 10.06 pagi, mangsa yang hanya dikenali sebagai Jearu, 30, berada di rumah bersama pembantu rumah dan bayi lelakinya. Suami mangsa tiada di rumah kerana membawa ibunya yang tinggal di Petaling Jaya ke pasar.
Semasa bayinya menangis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang tisu menyuruh pembantu rumah memberikan susu kepada bayinya sebelum wanita itu menghilangkan diri.
“Selepas puas mencari, pembantu rumah melaporkan kehilangan majikannya kepada pengawal keselamatan.
“Pembantu rumah itu kemudian membuat pengecaman ke atas mayat yang dijumpai mati di tingkat bawah bangunan dan mengesahkannya, sejurus selepas itu.
“Menurut saksi yang juga pengawal keselamatan di situ, mangsa ditemui ketika dia melakukan pemeriksaan selepas mendengar bunyi dentuman.
“Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pengawal keselamatan kediaman itu, dan disahkan mati ditempat kejadian,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut suami mangsa, isterinya kerap mengadu tidak dapat menyusukan bayinya serta berasa tertekan kerana tidak mempunyai susu yang mencukupi dan bosan kerana tidak bekerja.
Hasil siasatan mendapati bahawa tiada sebarang unsur jenayah yang terlibat. Mayat mangsa kini dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
therakyatpost
Lagi Menarik di Intenet Raya:
An Impressive Smartphone For Malaysians Who Are Daring & Love To Stand Out
Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik
[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!
Lagi Menarik di Intenet Raya:
An Impressive Smartphone For Malaysians Who Are Daring & Love To Stand Out

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.