Powered by Blogger.

Tuesday, October 27, 2015

Wanita tanggung azab lebih setengah jam

Suka.info     7:30:00 AM     0

Sarikei: Seorang wanita menanggung azab lebih setengah jam apabila tersepit di tempat duduk penumpang hadapan selepas kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Simpang Selalang di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, mangsa yang berusia 37 tahun itu patah kaki kiri dan berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Sumber berkata, mangsa bersama suami dan anak lelakinya dalam perjalanan ke Sarikei dari Saratok, sebelum kereta yang dipandu suaminya berusia 47 tahun hilang kawalan.

Menurut sumber itu, kereta yang dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.