Powered by Blogger.

Sunday, October 18, 2015

Warga emas OKU lebih rela tinggal di parkir motosikal

Suka.info     6:00:00 PM     0



TINDAKAN OKU jadikan parkir motosikal di PPR Seri Pantai sebagai tempat tinggalnya sejak sebulan lalu menimbulkan kebimbangan penduduk.


Kuala Lumpur: Tindakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang menjadikan parkir motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai di sini sebagai tempat tinggalnya sejak sebulan lalu menimbulkan kebimbangan penduduk di situ.

Adnan Taha, 56, lebih rela tinggal di parkir motosikal berkenaan atas alasan dapat memudahkan pergerakannya berikutan rumahnya berada di tingkat tiga lebih-lebih lagi dia hanya menetap seorang diri.

Dia cacat kedua-dua kaki berikutan dipotong selepas disahkan mengalami penyakit kencing manis beberapa tahun lalu menyebabkannya hanya mengharapkan bantuan kerusi roda serta penduduk sekitar bagi membantu pergerakannya.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubual individu itu gagal kerana dia tidak mahu diganggu dan mengatakan lebih selesa hidup seperti itu serta tidak mengharapkan simpati daripada orang ramai.

Kakitangan swasta Isa Yatim berkata, dia sentiasa memantau dan membantu dari segi makanan serta kewangan kepada OKU itu.

“Sebelum ini kami jemaah masjid serta penduduk di sini pernah buat gotong-royong bagi membersihkan rumahnya supaya dia selesa tinggal di situ namun dia tetap degil nak tinggal dekat parkir motosikal juga.

“Saya sudah nasihatkan dia supaya tinggal di rumahnya yang lebih selamat sebab risau dekat parkir motosikal itu terdedah kepada bahaya lebih-lebih lagi jika hujan lebat,” katanya.

Walaupun kesal dengan sikap ‘keras kepala’ OKU itu, dia sentiasa mengajak penduduk di situ supaya sentiasa menghulurkan bantuan.

Bekas pesara tentera itu kini hidup sebatang kara berikutan isterinya meninggal dunia beberapa tahun lalu manakala anaknya pula tidak dapat dijejaki.

Sementara itu, Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Wan Mohamad Ghazali Nor berkata, individu itu penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal.


Menarik Dari Intenet Raya:


0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.