Powered by Blogger.

Wednesday, October 21, 2015

Zahid nafi anugerah kontrak kepada syarikat adiknya, Synerflux

Suka.info     9:21:00 PM     0

KUALA LUMPUR, 21 Oktober:
“Hanya senarai pendek tetapi masih belum dipilih.”
Itu penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan dakwaan berhubung kontrak menguruskan kemasukan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh dianugerahkan kepada syarikat milik adiknya, Synerflux, iaitu Datuk Abdul Hakim Hamidi.
Menurut Ahmad Zahid, setakat ini pemilihan syarikat untuk menguruskan kemasukan pekerja asing masih dalam proses.
Ahmad Zahid berkata ketika ditemui media pada Pameran dan Persidangan Peralatan Khas Polis Asia di PWTC, di sini hari ini.
Beliau berkata, kementerian telah menerima beberapa kertas cadangan daripada syarikat yang berminat untuk mendapatkan kontrak itu, namun ianya belum diputuskan.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mendedahkan Synerflux tersenarai untuk mengendalikan pengurusan atas talian kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh tetapi perbincangan masih sedang berjalan.
Syarikat itu tersenarai mengendalikan kemasukan pekerja negara itu kerana memiliki model cadangan mampan dan selari dengan syarat Putrajaya yang lebih sistematik, berkesan dan prosedur terkawal untuk membawa masuk pekerja asing.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/21/zahid-nafi-anugerah-kontrak-kepada-syarikat-adiknya-synerflux/#ixzz3pCyaAAvf



Menarik Dari Intenet Raya:

[PROMO] Get A Brand NEW 4G LTE Smartphone From As Low As RM158 Today!

Ini 8 Chef Wanita Paling ‘Hot’ & Cantik

8 Things We Wished Our Smart Phone Could Do RIGHT NOW  

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.