Ibu bapa mana yang tidak mahu lihat anaknya berjaya.
Keutamaan mereka adalah untuk mendidik dan membentuk anak-anak sehingga mencapai kejayaan dan menjadi insan yang berguna di masa hadapan.
Tidak terlepas aktor Bollywood Aamir Khan yang gelisah dengan masa depan anak lelakinya, Junaid yang kini berusia 21 tahun.
Aamir mengakui Junaid tidak pernah menunjukkan sebarang minat untuk berkongsi cerita apa yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Perkara ini diakui Aamir ketika menghadiri pelancaran filem Heropanti Jumaat minggu lalu.
“Saya tidak pernah paksa anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara. Namun sejak akhir-akhir ini saya mula bimbang tentang masa depan mereka. Terutamanya anak lelaki saya, Junaid. Dia tidak pernah berkongsi cerita tentang perancangan masa depannya.
“Saya mohon anda pihak media bantu untuk tanya Junaid apa yang ingin dicapai dalam kehidupannya dan beritahu saya selepas itu,” ujar Aamir Khan seperti dipetik portal Oneindia.
Namun mengakui dia sedikit lega selepas anak lelakinya itu kini menunjukkan minat dalam dunia perfileman selepas Junaid melibatkan diri sebagai pembantu pengarah untuk filem terbaru Aamir Khan, P.K. yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Lagi Menarik di Intenet Raya:
Want to use your phone overseas? This app can save you a fortune on roaming charges!
If You've Never Been To India, You Need To Start With These 13 Enchanting Attractions
NEW DELHI: The Gem Of India
Crazy Roaming Charges And Other Connection Problems Nobody Needs On Their Next Trip
6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
5 Negara Ini Dah Ada Digital TV, Tapi Apa Kena Mengena Dengan Malaysia Eh?
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.