Tiada lagi lagu untuk Ezlynn dan Zul Handy Black apabila kedua-dua peserta ini tersingkir di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 (GV2), yang berlangsung pada malam Ahad.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 34, berkata sungguhpun perjalanan di GV2 sudah berakhir, tidak bermakna aktiviti seninya terhenti.
“Saya tidak pernah berputus asa walaupun terpaksa meninggalkan pentas GV2 pada minggu ini. Dalam apa juga pertandingan yang saya sertai, perjalanan saya dalam dunia seni tidak bernah berakhir.
“Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada Astro kerana memberi peluang untuk saya berada di GV2 dan kepada para juri terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan,” katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, bekas vokalis kumpulan Handy Black Zul atan Nurzul Suphia'an Sa'ban ketika ditemui menganggap nasib tidak menyebelahinya pada minggu ini.
“Mungkin kerana lagu yang saya bawakan tidak ‘kena’, bagaimanapun saya terima keputusan yang telah dibuat.
“Saya tidak terkilan perjalanan saya berakhir pada hari ini kerana bergelar juara ataupun tidak itu bukan perkara utama yang dikejar.
“Dapat menyanyi bersama rakan-rakan lain telah memberikan pengalaman yang cukup berharga selepas bertahun-tahun tidak muncul di kaca TV,” katanya ketika ditemui selapas konsert berakhir.
Ezlynn dan Zul meninggalkan 10 peserta lain iaitu Haiza, Nassier Wahab, Farahdhiya, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Siti Nordiana, Azian Mazwan Safuan, Ezad Lazim, Sheeda dan Amir Ukays yang akan terus bertanding di konsert minggu hadapan bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’.
Tugasan yang bakal dilalui peserta pada konsert minggu keempat itu ialah duet bersama rakan-rakan artis seperti Adira, Haleeda, Misha Omar, Jaclyn Victor, Nourul Wahab dan ramai lagi.
Gegar Vaganza 2 dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad bermula 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Lagi Menarik di Intenet Raya:
Want to use your phone overseas? This app can save you a fortune on roaming charges!
If You've Never Been To India, You Need To Start With These 13 Enchanting Attractions
NEW DELHI: The Gem Of India
Crazy Roaming Charges And Other Connection Problems Nobody Needs On Their Next Trip
6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
5 Negara Ini Dah Ada Digital TV, Tapi Apa Kena Mengena Dengan Malaysia Eh?
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.