Powered by Blogger.

Sunday, November 22, 2015

Lisa Surihani Terkilan Wajah Bayinya Dirakam Peminat Tanpa Kebenaran

Suka.info     8:43:00 AM     0

Sebelum ini Lisa Surihani pernah menyuarakan bahawa dia enggan wajah anaknya didedahkan kepada umum buat masa ini kerana mahu anaknya membesar seperti kanak-kanak yang normal.

Lisa Surihani Terkilan Wajah Bayinya Dirakam Peminat Tanpa Kebenaran
Lisa Surihani Terkilan Wajah Bayinya Dirakam Peminat Tanpa Kebenaran
Bagaimanapun, gambar wajah anak Lisa dan Yusri telah diambil tanpa kebenaran oleh seorang peminatnya sewaktu mereka berada di sebuah pasaraya di baru-baru ini. Gambar itu juga telah disebarkan di media sosial dan menjadi viral.

Melalui HLive yang disiarkan Astro Awani, Lisa menyuarakan rasa terkilan gambar anaknya telah dicuri dan disebarkan. Dengan tenang dia menyatakan:

Saya tak nak komen terlalu panjang mengenai hal ini. Cuma, jika keadannya terbalik, sekiranya ada orang ambil gambar awak tanpa kebenaran awak, tanpa awak tahu kemudian dia letak di laman maya. Apa yang awak rasa? Awak rasa awak suka tak? Awak rasa awak okay ke? Itu saja yang boleh saya tanyakan. Adakah awak rasa itu sesuatu yang baik untuk dilakukan?

Pada masa yang sama, saya rasa niat dia bukan jahat. Niat orang yang muat naik ke Twitter itu bukan jahat. Saya tahu dia tak jahat. Cuma kadang-kadang kita tak tahu batasan kita terhadap orang yang kita tak kenal secara peribadi. Perkara itu saya tak boleh nak kata apa, cuma prinsip hidup saya ialah, sebelum saya lakukan apa-apa terhadap seseorang, saya tanya diri saya balik.

Kalau orang buat kat kita, kita okay ke tak?

Peminat yang berbuat demikian juga menyatakan dalan tweetnya yang gambar itu diambil secara sembunyi kerana takut dimarahi. Kami telah melihat gambar tersebut, namun begitu wajah Yahaira tidaklah begitu jelas.

Kenyataan Lisa mendapat pelbagai reaksi di laman sosial yang menganggap Lisa poyo kerana memperbesarkan hal kecil. Namun ada juga yang menyokong Lisa dan berpendapat yang prinsip Lisa untuk tidak terlalu mendedahkan wajah Yahaira Leanne itu ialah haknya.

Macam-macam sekarang ni kan? Dedahkan salah, tak dedahkan pun salah. Anda rasa bagaimana?

Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?

Lagi Menarik di Intenet Raya:

19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?

Agak-Agak Korang, 6 Adegan ‘Gedebush-Gedebush’ Dalam Drama Tamil Ni Real Ke Tidak?

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

Rahsia Bagaimana 5 Perkara Yang Ada Di Kereta Ini Buat Korang Nampak Berani & Bergaya!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.