Powered by Blogger.

Sunday, November 22, 2015

Nana Sheme Tak Mahu Dilabel One Hit Wonder

Suka.info     3:48:00 PM     0

nana sheme tak mahu dilabel one hit wonder


Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya Nana Shame mahu terus fokus dalam bidang nyanyian dan tidak mahu dikenali sebagai One Hit Wonder dalam industri muzik.

Meskipun sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara Samarahan Sarawak, namun bidang nyanyian ini antara sebahagian tanggungjawabnya yang wajar diberi perhatian.

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu dilabel dan dikenali dengan satu lagu popular sahaja. Saya akui lagu Hantu Atau Buaya telah berjaya meletakkan nama saya dalam industri ini bersama penyanyi yang lain.
Pada mulanya perasaan gusar dan gementar tetap ada iaitu memikirkan sama ada lagu saya ini diterima pendengar atau pun tidak.

Alhamdulilah, nyata lagu ini membuahkan hasil dan menambahkan lagi semangat saya untuk terus kekal dalam arena seni suara, kata Nana Sheme kepada portal Murai.com.my yang ditemui di Majlis Sidang Media Separuh Akhir Muzik-Muzik 30 baru-baru ini.

Menyentuh mengenai pencalonannya sehingga ke semifinal Muzik-Muzik 30, dia terkejut dan gembira kerana ini percubaan kali pertamanya dan amat bersyukur yang tidak terhingga.

Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam industri muzik, tercalon ke peringkat separuh akhir merupakan platform yang amat bagus untuk kembangkan lagi bakat saya.

Orang kata lagu Hantu Atau Buaya bawa tuah kepada saya sehingga dinyanyikan juga dalam Gegar Vaganza 2 oleh Sheeda.

Apa-apa pun saya akan lakukan yang terbaik dan membuat persembahan dengan penuh yakin buat penonton setia Muzik-Muzik, ujarnya mengakhiri bicara.

Persembahan separuh akhir ini akan disiarkan secara langsung di TV3 pada 22 November, 29 November dan 6 Disember 2015.

Bertempat di Seri Pentas 2 Plaza Alam Sentral pada jam 9 malam yang akan dihoskan oleh penyampai radio Iaitu AG dan Fara Fauzana.

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Artikel Ini Disiarkan Ahad, 22 Nov 2015

Sumber: Murai

Lagi Menarik di Intenet Raya:

19 Ways Having Perfectly Straight Hair Rocks, As Illustrated By Malaysian Instagrammers

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

[QUIZ] How Good Of A Driver Are You, Exactly?

See how you can get FREE petrol vouchers this November 2015. Don’t miss out!

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

The Magician Behind Britney's Concert And Other Top Hollywood Shows Is Coming To Malaysia!

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.