Peserta Gegar Vaganza 2 (GV2), Nizam Laksamana yang tersingkir pada konsert minggu keenam program realiti itu, terkejut apabila dipelawa Datuk Seri Vida mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.
Nizam berkata, sebaik sahaja konsert tamat, pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menyatakan hasrat untuk menajanya ke tanah suci.
“Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.
“Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu yang dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah pada hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci,” katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Nizam sungguhpun gegarannya telah terhenti, dia tetap bersyukur kerana telah berjuang dan tidak menyerah kalah walaupun kesihatan tidak mengizinkan.
“Sudah seminggu saya batuk dan demam dan tenaga saya untuk persembahan pada malam ini tidak mencapai 100 peratus, namun saya cuba berjuang dan buat sehabis baik.
“Saya juga sudah menjangkakan akan meninggalkan pentas GV2 pada malam ini dan tidak kecewa, sebaliknya menerima keputusan juri dengan hati yang terbuka,” ujarnya.
Mengulas tentang komen yang diberikan Pak Ngah, Nizam berkata juri berhak untuk berkata apa sahaja kerana pada tahap ini saingan peserta semakin sengit.
“Sebagai seorang penyanyi saya tidak boleh menjadikan sakit sebagai alasan. Saya terbuka menerima kritikan dan percaya ia untuk kebaikan.
“Kalau saya mahu terus berada dalam industri ini, saya perlu mengambil kata-kata juri sebagai satu motivasi dan perbaiki kekurangan yang ada pada diri ini,” katanya.
Penyingkiran Nizam telah diumumkan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse di segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’.
Program realiti ini menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri profesional serta komposer Pak Ngah sebagai juri jemputan pada konsert minggu keenam.
Tinggal tujuh peserta lagi untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya akan berentap pada minggu ketujuh GV2 bertemakan Rock Dangdut pada minggu hadapan.
Gegar Vaganza 2 bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.
Lagi Menarik di Intenet Raya:
Want to use your phone overseas? This app can save you a fortune on roaming charges!
If You've Never Been To India, You Need To Start With These 13 Enchanting Attractions
NEW DELHI: The Gem Of India
Crazy Roaming Charges And Other Connection Problems Nobody Needs On Their Next Trip
[SURVEY] Adakah anda seorang pengguna prepaid atau pospaid?
How To Add A Little Bit (Or A LOT!) Of Christmas Touch To Your Home By Stalking IKEA
Have you seen this Android smartphone that's said to be a worthy rival to Apple iPhone 6s?
8 Momen Throwback Yang Buat Korang Rindukan Nenek #thegoodolddays
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.