Powered by Blogger.

Monday, November 23, 2015

Penyanyi Dangdut popular Indonesia, Iceu Wong meninggal dunia di usia 30 tahun

Suka.info     1:12:00 PM     0

Penyanyi dangdut popular Indonesia, Iceu Wong meninggal dunia semalam selepas menderita akibat penyakit barah payudara.


Pengurusnya, Haze berkata, penyanyi berusia 30 tahun itu meninggal dunia di hospital kira-kira jam 4 pagi semalam.

Katanya, Iceu atau nama penuhnya Iceu Srimulyati mula dikesan menghidap barah payudara sejak setahun yang lalu.

“Iya, Iceu meninggal dunia akibat barah payudara. Barah itu sudah masuk tahap empat,” ujarnya.


Menurutnya, penyanyi yang popular dengan lagu Pacar Lima Langkah itu dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

“Di saat semua orang gembira menyambut perayaan, Iceu terpaksa menanggung kesakitan dan dimasukkan ke hospital,” jelasnya.

Tambahnya, jenazah penyanyi itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Rancaekek di sini.

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.