Powered by Blogger.

Friday, November 20, 2015

REDHA BERGELAR MADU ISTERI KETIGA NEELOFA

Suka.info     4:52:00 PM     0


Aktres jelita tanahair Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan dan berstatus suami orang.

Terkejut juga dengar berita ini. Mulanya dikeluarkan oleh portal MalaysianDigest. Terus admin baca siapakah lelaki yang bertuah menjadi suami Neelofa itu.

Sejauh manakah kebenaran khabar ini? Semuanya terjawab dalam Cerekarama berjudul Wan Embong yang bakal disiarkan pada Sabtu ini, 21 November 2015, jam 9.00 malam menerusi TV3.

Telefilem Wan Embong yang merupakan drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd, dibawah arahan Amie Maziah, akan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Neelofa, Faizal Hussein, Dato Rahim Razali, Vanidah Imran, Johan Asari, dan Izreen Azminda.

Ianya mengisahkan tentang Wan Embong (lakonan Neelofa) yang terpaksa berkahwin dengan Omar (lakonan Faizal Hussein), sebagai isteri ketiga.

Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap (Dato Rahim Razali).

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri (Vanidah Imran). Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka (Izreen Azminda) gembira menerimanya sebagai madu ketiga.

Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri.

Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu.
Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini?

Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Telefilem Wan Embong yang akan menemui penonton semua dalam slot Cerekarama, Sabtu, 21 November 2015 pada jam 9.00 malam.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

[VIDEO] 6 Easy Tricks That Could Help Keep Your Car In Amazing Condition At All Times

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

Watching Your First Movie And 17 Other Childhood Memories We'll Remember FOREVER

Agak-Agak Korang, 6 Adegan ‘Gedebush-Gedebush’ Dalam Drama Tamil Ni Real Ke Tidak?

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

The Amount Of Detail That Goes Into Making These 7 Things By Hand Is Truly Astounding

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.