Powered by Blogger.

Friday, November 20, 2015

Remaja 14 tahun Merog0l Murid tahun Tiga Di Tannga

Suka.info     4:21:00 PM     0


Akibat gagal melawan nafsu serakah, seorang remaja berusia 14 tahun sanggup merogol seorang murid Tahun Tiga di kawasan tangga bangunan sebuah sekolah, di sini kelmarin.Bukan saja merogol, malah remaja lelaki berkenaan turut mengugut serta mengacukan senjata tajam kepada murid berusia 9 tahun itu yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Menurut sumber, murid terbabit menjadi mangsa kerakusan remaja berkenaan Isnin lalu, sebelum sekali lagi berlaku kejadian sama pada Rabu dan Khamis lalu.Murid berkenaan menjadi mangsa sejak Isnin ketika sedang menunggu ibu menjemputnya selepas tamat sesi persekolahan sebelah petang.Mangsa dihampiri remaja berkenaan yang kemudian membawa mangsa menaiki tangga serta merogolnya di kawasan tangga bangunan sekolah berkenaan.

Remaja terbabit kemudian melepaskan mangsa yang dalam ketakutan dan menghunus senjata tajam ke arah mangsa sambil mengugutnya, katanya. Menurut sumber berkenaan, kejadian sama berlaku selang sehari selepas itu ketika waktu rehat kira-kira 10.30 pagi Rabu lalu apabila murid-murid lain keluar ke kantin.

Mangsa yang tinggal seorang diri dalam kelas ketika itu didatangi remaja terbabit. Sekali lagi remaja berkenaa melakukan perbuatan terkutuk itu di tangga sekolah dan memberi amaran agar tidak memberitahu sesiapa, katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.Menurutnya, mangsa kemudian melaporkan kepada pihak sekolah apabila buat kali ketiga kejadian sama berlaku Khamis lalu, kira-kira 10.30 pagi dan kali ini mangsa diacu senjata tajam di leher.

Pihak sekolah terkejut selepas diberitahu kejadian itu dan segera memanggil ibu mangsa sebelum bertindak membuat laporan polis, katanya.Katanya, mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.

Polis sudah mengenal pasti suspek dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat ini, katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Mohamad Yusuff Osman ketika dihubungi memberitahu pihaknya ada menerima laporan dan akan menunggu laporan polis sebelum sebarang tindakan diambil.

Lagi Menarik di Intenet Raya:

[VIDEO] 6 Easy Tricks That Could Help Keep Your Car In Amazing Condition At All Times

10 (More) Pun-Tastic Reasons To Get Cheras To IKEA Cheras This 19 November

Watching Your First Movie And 17 Other Childhood Memories We'll Remember FOREVER

Agak-Agak Korang, 6 Adegan ‘Gedebush-Gedebush’ Dalam Drama Tamil Ni Real Ke Tidak?

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

The Amount Of Detail That Goes Into Making These 7 Things By Hand Is Truly Astounding

Share:

0 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Facebook Baru Kami!

Berita Dalam dan Luar Negara

© 2015 Isu-Isu Duniawi. Designed by Bloggertheme9.
Proudly Powered by Blogger.