Dihargai atas usaha titik peluh menjadi pemangkin semangat seseorang. Begitu yang terjadi dalam hidup Raja Ilya.
Pertama kali dicalonkan dalam anugerah dan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama pada Anugerah Skrin 2015 (ASK2015), Raja Ilya menyifatkan itu permulaan baik buat dirinya untuk terus berada dalam industri lakonan.
“Kalau boleh, kemenangan pertama itu saya tidak mahu ia terhenti di situ sahaja. Saya mahu sentiasa memberi yang terbaik dalam lakonan dan kalau boleh diiktiraf lagi.
“Saya ambil contoh pelakon Fasha Sandha. Bila dia mula popular dan lakonan semakin mantap, dia berterusan memenangi anugerah. Sekali gus, namanya bertahan lama dalam industri.
“Sebaliknya, pada masa kini ramai yang menang anugerah tetapi terus lenyap. Sama ada tidak aktif atau tidak mendapat tawaran bagus,” getusnya yang turut menyenaraikan Lisa Surihani sebagai selebriti yang masih bertahan dalam industri hiburan sehingga kini.
Watak
Sanggup mengetepikan minatnya terhadap sesuatu watak, pelakon berusia 30 tahun itu percaya selera penonton yang menyukainya membawa sesuatu watak itu jauh lebih penting.
“Bagi saya, kepuasan pengarah, stesen televisyen dan penonton lebih penting daripada kepuasan sendiri. Kalau penonton suka saya bawa watak psiko contohnya, saya akan buat,” ujarnya yang bakal berlakon di samping bintang Bollywood iaitu Kajol menerusi filem KL ke Bollywood.
“Rasa gementar sangat dapat berlakon dengan Kajol. Saya tak tahu macam mana nak berinteraksi dengan dia. Tak dapat nak bayangkan buat pertama kali jumpa dengannya. Masakan tidak, sejak dari kecil suka tengok lakonannya. Kami akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan juga Mumbai, India nanti.
“Selain itu, saya dan Sam juga kena bercakap bahasa Urdu untuk filem KL ke Bollywood itu. Malah, penerbit juga meminta beberapa pelakon untuk masuk kelas bahasa Urdu agar pertuturan menjadi lancar dan semula jadi,” ujarnya dengan nada teruja.
Membawakan watak sebagai wanita Punjabi dalam filem itu nanti, Raja Ilya turut memakai sari yang menyerlahkan perutnya.
“Tunjuk perut tak ada masalah. Sebab masa berlakon dalam filem Appalam arahan Afdlin Shauki, saya ada memakai sari. Memang trend sari India macam itu,” ujar pelakon berdarah kacukan Melayu, Malayalam, Arab dan Pakistan itu.
Ditipu
Pada masa sama, hatinya ibarat dihiris sembilu tatkala mengenangkan beberapa kali percubaan untuk menembusi pasaran filem Tamil berpengkalan di Tamil Nadu, India, sebelum ini tidak pernah kesampaian.
“Saya dapat tawaran berlakon watak polis dalam filem Tamil. Mereka beritahu ada babak antara saya dengan bintang Tamil, Rajinikanth. Pada masa itu, saya memang cukup teruja. Tiba-tiba mereka minta tolong saya carikan sebanyak 20 orang pelakon untuk watak-watak lain. Saya cakap itu bukan kerja saya. Mereka merayu dan meminta saya mencarikannya juga. Saya terima dengan syarat mereka membayar saya tetapi apabila saya minta bayaran mereka mengamuk dan selepas itu terjadinya perbalahan antara kami.
“Pada saya, mereka tidak menghormati artis Malaysia. Mereka tidak melayan saya dengan baik. Situasi di sana sangat berbeza dengan cara kerja orang kita di sini,” luahnya.
Lagi Menarik di Intenet Raya:
Want to use your phone overseas? This app can save you a fortune on roaming charges!
Remember When Malaysian TV Used To Be Like This?
Let's Keep Yasmin Ahmad's Legacy Alive
How To Get The BEST Packages For Alvin and The Chipmunks's Christmas Concert This Dec 2015
6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
[OFFICIAL TRAILER] In The Heart of The Sea: Believe To See Things That No One Else Would See
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.