Seorang wanita India yang tidak mempunyai zuriat mengambil keputusan menjadikan beratus-ratus pokok sebagai ‘anaknya’.
Menurut portal Oddity Central, kisah unik itu bermula apabila Salalumarada Thimmakka berkahwin dengan seorang petani, Chikkaiah berpuluh-puluh tahun dahulu, tetapi tidak dikurniakan zuriat sehingga menyebabkan mereka dicemuh oleh orang kampung.
Mengetepikan cemuhan tersebut, Thimmakka dan suami mengambil keputusan untuk menanam dan memulihara pokok-pokok ara di kawasan lapang dan di tepi-tepi jalan di Kampung Hulikal dekat Karnataka, menurut laporan itu.
Malah, Thimmikka mengakui dia menjaga pokok terbabit seperti anaknya sendiri dengan memastikan tumbuh-tumbuhan itu tidak dijangkiti penyakit atau dirosakkan oleh haiwan liar.
Pada awalnya, dia menanam 10 batang pokok ara, sebelum menambah bilangannya setiap tahun, dan kini jumlahnya telah mencecah 384 batang pokok yang kesemuanya bernilai kira-kira 1.5 juta rupee (RM99,419).
Namun, selepas kematian suaminya pada 1991, kerajaan negeri Karnataka mengambil alih pokok-pokok tersebut, dan Thimmakka menerima banyak anugerah daripada kerajaan dan pertubuhan alam sekitar atas usahanya itu.
Bagaimanapun, nenek berusia 103 tahun itu masih dibelenggu kemiskinan selepas popularitinya dipergunakan pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan tanpa berkongsi dengannya.
Malah, katanya, tanah miliknya dan mendiang suaminya juga dirampas oleh saudara-maranya yang tamak, tetapi dia bersyukur kerana kerajaan memberikan sebidang tanah dan pencen sebanyak 500 rupee (RM33) setiap bulan kepadanya.
Lagi Menarik di Intenet Raya:
The Magician Behind Britney's Concert And Other Top Hollywood Shows Is Coming To Malaysia!
12 Insanely Cool LEGO Collectibles You Wish You Had As A Kid
Masih Single? Jangan Risau, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Kena Enjoy Jadi Single.. Jangan Sedih!
How To Show You Love Someone With Sweat, Shells And 6 Other Symbols
6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara
CHALLENGE: Show us your best outfit and you might just win RM250 Zalora vouchers!
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.