JOHOR BAHRU : Polis mengesahkan suspek kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Bukit Pasir, Muar, bulan lalu akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Menurutnya, lelaki berusia 30 tahun yang juga jiran mangsa itu ditahan pada 20 November lalu di rumahnya berhampiran rumah mangsa berikutan keterangan bercanggah ketika suspek memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Minggu ini, kita akan rujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan akan menunggu jawapan daripada mereka.
“Beberapa lagi individu ada ditahan baru-baru ini tetapi ia bagi membantu siasatan polis dan hanya seorang suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan ini,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.
Beliau berkata, ia adalah tangkapan ketujuh membabitkan kes pembunuhan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang ditemui mati dengan kesan jerutan pada 16 November lalu, selepas penahanan enam lelaki warga Nepal.
Kamarul Zaman berkata, bagaimanapun enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun itu sudah dibebaskan selepas didapati tidak terbabit dengan insiden berkenaan.-Sinar
Dapatkan Lagi Info Dari Sumber:
9 traits of travellers from China's secondary cities.
Dynamic movement of the hands, which can sense the connection with satellites.
Discover a blissful, water infused sanctuary at the heart of KL.
An exciting surprise awaits you when you save with BSN.
Head on over to catch the all-new Renault CAPTUR and test drive Europe's best selling crossover.
0 comments:
Note: Only a member of this blog may post a comment.